Bandar futuristik NEOM yang dikenali sebagai OXAGON merupakan kompleks perindustrian terapung terbesar yang telah dibina di dunia. Baru-baru ini, OXAGON telah dilancarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman di Riyadh, Arab Saudi.
Menurut laporan daripada Arab News, OXAGON melengkapkan falsafah dan prinsip yang sama dengan THE LINE yang baru sahaja diumumkan pada Januari lalu. OXAGON menawarkan kawasan penempatan luar biasa disamping dikelilingi oleh alam semula jadi.
Bandar OXAGON ini terletak di Laut Merah yang berdekatan Terusan Suez dan selatan THE LINE serta merangkumi pelabuhan Duba yang merupakan sebahagian dari OXAGON. OXAGON akan menubuhkan pelabuhan bersepadu sepenuhnya dan ekosistem rantaian bekalan pertama di dunia untuk NEOM.
Bandar OXAGON ini akan mengintegrasikan kemudahan pelabuhan, logistik dan penghantaran rel melalui penjanaan 100 peratus sumber tenaga bersih. Selain itu, bandar ini turut menyediakan tahap produktiviti bertaraf dunia yang sangat canggih. Tahap produktiviti yang dimaksudkan adalah pelepasan karbon sifar bersih, menetapkan penanda aras global dalam penggunaan teknologi dan kelestarian alam sekitar.
Dengan pelabuhan dan lapangan terbang bersepadu canggih yang ada di bandar ini, sekitar 13 peratus daripada perdagangan global melalui Laut Merah dan OXAGON telah diletakkan sebagai antara hab logistik berteknologi paling maju di dunia.
Sumber: Utusan Malaysia