Siakap Keli
Gambar: Google

Budak 6 Tahun Menderita Dijangkiti STI, Selepas Jadi Mangsa Rogol 2 Lelaki

Dua orang lelaki di Amerika Syarikat (AS) telah mengaku bersalah atas dakwaan merogol kanak-kanak berumur 6 tahun selepas penyiasatan mengesahkan pelaku positif penyakit kelamin (STI).

Kedua-dua suspek yang berasal dari Arkansas turut mengaku bersalah atas dakwaan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur.

Menurut dokumen makhkamah, kanak-kanak perempuan tersebut telah dibawa ke Hospital Kanak-kanak Arkansas pada 208 dan telah disahkan dijangkiti STI.

Selepas disoal siasat oleh pegawai FBI mangsa memberitahu yang dia telah dirogol oleh dua orang lelaki. Insiden tersebut berlaku di sebuah bilik hotel, kanak-kanak tersebut dterpaksa menceritakan keadaan bilik tersebut kerana dia tidak tahu nama hotel itu.

Hotel tersebut telah disewa oleh ibunya selepas mereka menyiasat rekod kewangan sewa bilik tersebut.

Doktor di Hospital Kanak-kanak Arkansas percaya bahawa dia dirogol oleh lebih dari seorang lelaki. Hal ini kerana, dia dijangkiti lebih dari satu STI.

Siasatan polis akhirnya berjaya menemukan kedua-dua pelaku tersebut dan disahkan melalui ujian air kencing dan darah yang menunjukkan keputusan positif.

Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang belum ditetapkan untuk rayuan hukuman berkenaan.

Sumber: Daily Star

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.