Siakap Keli
Gambar via Google

Hilang Deria Lepas Covid-19? Ini Fakta Parosmia Yang Perlu Korang Tahu

Kehilangan deria merupakan salah satu simptom yang dialami oleh pesakit Covid-19. Kehilangan deria ini mungkin melibatkan sama ada deria bau mahupun deria rasa. Tahukah anda kehilangan deria ini dipanggil sebagai parosmia.

Parosmia ini dikatakan akan lebih jelas dan dirasai oleh seseorang individu yang baru sahaja sembuh daripada sebarang penyakit misalnya penyakit Covid-19.

Sebelum kehadiran wabak Covid-19 ini, simptom parosmia ini dikatakan merebak melalui saluran pernafasan, ketika mengalami resdung, dan pendedahan kepada toksin yang berlebihan.

Tetapi, selepas wabak Covid-19, punca sebenar yang menyebabkan parosmia ini masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, para penyelidik mempunyai beberapa anggapan terhadap isu ini.

Menurut penyelidik, kemungkinan jangkitan Covid-19 ini telah merosakkan reseptor dan saraf yang melibatkan deria bau.

Perkaitan Parosmia dan Covid-19 Yang Perlu Kita Tahu

Sesetengah pesakit Covid-19 mungkin mengalami parosmia ini selepas pulih. Beberapa deria bau yang kemungkinan mereka tidak dapat bau adalah seperti berikut:

  1.  Bau kumbahan atau sampah
  2.  Bau daging atau telur busuk
  3.  Bau berasap atau terbakar
  4.  Bau petrol
  5.  Bau logam
  6.  Bau ammonia atau cuka
  7.  Bau stokin berkulat

Seberapa lama bekas pesakit Covid-19 akan menghidap parosmia?

Secara keseluruhannya, pakar mengatakan parosmia selepas COVID-19 boleh beransur-ansur pudar mengikut peredaran waktu. Tetapi, parosmia ini berkemungkinan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk pulih.

Menurut kajian, lebih 49.3% pesakit yang melaporkan mengalami parosmia dan mereka bertambah baik dalam hanya tempoh 3 bulan selepas mereka mengalami simptom tersebut.

Baki 50.7% pula hanya mengambil masa selama 3 bulan untuk parosmia itu betul-betul hilang.

Cara Rawat Parosmia

Latihan cuba untuk bau. Teknik ini dipanggil latihan bau yang digunakan untuk merawat parosmia akibat Covid-19. Latihan bau ini melibatkan individu yang cuba untuk bau sesuatu selama 20 saat. Latihan sebegini perlulah dilakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali sehari dalam tempoh 3 bulan.

Bukan itu sahaja, para penghidap parosmia ini juga digalakkan untuk bau bauan yang wangi dan terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:

1. Buah-buahan
2. Bunga
3. Bau Pedas
4. Bau-bauan yang kuat seperti Durian

Sumber: Healthline.com

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.