Siakap Keli
Gambar: Oddity Central

Lelaki Tanam Siap-siap Trak Kesayangan, Hendak Dikebumi Bersama Lepas Tahu Hidap Penyakit Tidak Boleh Diubati

Kerana terlalu sayangkan trak kesayangan miliknya, seorang lelaki Mexico meninggalkan wasiat yang lain daripada lain, memetik laporan daripada Oddity Central.

Menurut laporan, trak tersebut dihadiahkan oleh anak lelakinya. Don Adán Arana yang berasal dari Puerto San Carlos, di Baja California Sur Mexico itu dikatakan menghidap penyakit yang tidak dapat diubati. Berikutan hal itu, dia mengambil keputusan untuk dikebumikan bersama-sama kenderaan kesayangannya.

Arana ingin dirinya dikebumikan bersama-sama trak tersebut dengan harapan dia dapat memandu kenderaan itu pada kehidupannya selepas mati.

Di Mexico, menghormati hasrat terakhir orang yang paling disayangi amat dititikberatkan dan di ambil serius. Oleh itu, Arana telah dikebumikan bersama-sama dengan trak kesayangannya.

Kredit: Oddity Central

Sumber: Oddity Central

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.