Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 6,380 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,569,533 kes.
Kes positif harian di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah catatan kes positif yang dilaporkan setakat tengah hari 18 November turut meningkat berbanding 6,288 kes semalam.
Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 76.3 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 91.6 peratus.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.
Pada 18 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,380 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,569,533 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/IajBOQ20X0
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 18, 2021
Sumber: DG Hisham