Washington: China kini dikatakan ialah negara yang paling kaya di dunia, dan turut mengatasi Amerika Syarikat (AS).
Sebuah laporan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh sebuah syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co itu mendapati anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020.
Berdasarkan data berkenaan lagi, China mewakili hampir satu pertiga daripada peningkatan kekayaan dunia sejak 20 tahun lalu. Ia mengatasi seteru utamanya, Amerika Syarikat yang juga menunjukkan peningkatan kekayaan sebanyak 2 kali ganda atau AS$90 trilion (RM376.43 trilion).
Kegagalan Amerika Syarikat untuk mengatasi China kerana tiada lonjakkan harga di pasaran hartanahnya.
Secara keseluruhan, jumlah kekayaan dunia dilapor meningkat 3 kali ganda sejak dua dekad lalu. Ia mencatatkan kekayaan kira-kira AS$156 trilion (RM652.47 trilion) pada tahun 2000 dan meningkat kepada kira-kira AS$514 trilion (RM2,149 trilion) pada tahun 2020.
Sumber: India Today