Siakap Keli
Gambar: TikTok youcancallme.nell

“Rasa Syahdu Kak”, Tomyam Rasa Terlajak ‘Padu’, Rupanya Termasak Guna Minyak Sembahyang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tomyam adalah antara salah satu makanan yang digemari rakyat Malaysia. Rasanya, kalau makan di kedai memang wajiblah hidangan tersebut menjadi pesanan ramai orang.

Rasanya yang unik dan boleh isi pelbagai jenis lauk di dalamnya sangat menarik dan juga sangat senang untuk di masak. Oleh itu, kalau ada buat makan-makan di rumah mesti hidangan tersebut menjadi pilihan.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok oleh youcancallme.nell menunjukkan minyak yang digunakan oleh kawannya untuk masak tomyam.

Pemilik video tersebut turut berkongsi perbualan dengan rakannya bertanyakan tentang minyak yang digunakan untuk membuat tomyam tersebut. Namun, dia terkejut apabila dibotol minyak tersebut tertulis bahawa itu adalah minyak sembahyang.

Rakannya turut terkejut dan memberitahu bahawa minyak tersebut turut digunakan untuk memasak nasi lemak.

Tambahan lagi, pemilik video tersebut turut mengatakan bahawa rasa tomyam tersebut terlebih sedap kerana salah guna minyak.

Diruangan komen, pemilik video turut menyatakan bahawa minyak tersebut adalah milik rakan mereka yang berbangsa India dan bukan kerana tersalah beli.

@youcancallme.nell

Reply to @hottieqisbruh rasa syahdu kak #painhub #anakmamayanghebat #myfoodie

♬ original sound – Random users – Random users

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi warganet yang terhibur dengan perkongsian tersebut:

RizBoyOP: “Lepas makan ada rasa insaf tak?”

NEO: “Jangan malu, isi banyak lagi.”

buzzthings: “Kut tak faham bahasa inggeris, dah tulis ‘prayer oil’.”

Namun tak kurang juga yang menjelaskan berkenaan minyak tersebut:

kalki: “Minyak tu campur dengan minyak sapi, jadi dia akan beku dalam suhu bilik”

coffeelatte819: “Minyak yang bagus ialah minyak yang akan beku pada suhu bilik.”

Sumber: youcancallme.nell

 

 

Zahirah