Dalam mengharungi hidup ketika musim pandemik ini, ramai yang hilang pekerjaan dan tak kurang juga yang bergelut seharian demi sesuap nasi. Seperti sebuah video yang tular di laman Tiktok yang dikongsi oleh Ashraf Danny apabila bertemu seorang warga emas berusia 68 tahun bekerja sebagai penunggang Grab.
Ketika ditanya, Atuk memberitahu beliau menjadi penunggang Grab kerana ingin menyara kehidupan seharian. Sebelum ini beliau bertugas sebagai pemandu lori.
Atuk itu juga berkongsi bahawa beliau baru sahaja 2 bulan menjadi penunggang Grab. Dengan keadaan fizikalnya sedikit bongkok serta pergerakan yang kurang lancar, amat tersentuh hati bila warga emas seusia ibu ayah kita terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan.
Menurut Ashraf lagi, Atuk ini menjadi penunggang Grab sekitar Damansara dan meminta orang ramai yang berjumpa dengan Atuk ini agar menghulurkan sedikit tip untuk Atuk itu.
@danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih
Netizen yang menonton video tersebut juga meluahkan rasa simpati dan terharu. Tak kurang juga ada yang nak menyumbang jika ada nombor akaun Atuk ini.
Sumber: Ashraf Danny