Seorang budak lelaki di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia, yang sedang mandi di sungai terperangkap dalam arus deras, lapor portal Kompas.tv.
Detik penyelamatan itu berlaku dengan agak dramatik. Dalam video penyelamatan tersebut, Fadil, seorang penduduk Desa Banteran, Kecamatan Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia dilihat terperangkap dalam arus deras di Sungai Pangkon.
Menurut penduduk, arus deras itu secara tiba-tiba muncul ketika Fadil dan rakan-rakannya sedang mandi manda di sungai berkenaan.
Fadil dilaporkan telah dihanyutkan oleh arus tersebut sejauh kira-kira 100 meter.
Budak lelaki berusia 11 tahun tersebut telah terperangkap pada batu besar yang terdapat di tengah sungai berkenaan ekoran daripada itu.
Melihat kepada situasi tersebut, penduduk setempat cuba melakukan yang terdaya bagi menyelamatkannya dengan menghulurkan kayu buluh yang panjang.
Usaha tersebut berjaya membuahkan hasil. Setelah diselamatkan, budak lelaki itu segera digegaskan ke pusat kesihatan setempat bagi menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dihanyutkan oleh arus deras berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber: Kompas TV