Suami menjemput isteri balik dari kerja mungkin itu perkara biasa jika si suami jemput menaiki kereta, motosikal ataupun lori. Tapi berbeza dengan pemilik akaun TikTok @nrlmnraa yang mana suaminya seorang pemandu Monorel dan menjemput isterinya pulang menaiki Monorel.
Video TikToknya mendapat perhatian dari Rapid KL sendiri dan pihak Rapid KL memuatnaik video itu ke laman Facebook rasmi mereka. dengan kapsyen “Selalunya suami jemput balik kerja naik motor atau kereta. Ini suami jemput balik kerja naik Monorel.”
Terdapat juga beberapa komen lucu dari netizen yang mengatakan “tapi laki akak pun jemput saya balik dari kerja.”
Sumber: RapidKL