Sebenarnya kan, tak susah untuk membuat seseorang itu bahagia. Walaupun dengan sekecil-kecil usaha, namun dengan hati yang ikhlas pasti dapat memberikan perasaan gembira untuk orang yang memerlukannya.
Antaranya ialah dengan membantu orang yang memerlukan, membantu ahli keluarga termasuklah membantu isteri untuk membuat kerja rumah. Terutamanya sang suami, kalau nak bahagiakan isteri, rajin-rajinlah bantunya buat kerja di rumah di samping melayaninya dengan penuh kasih sayang.
Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh seorang lelaki apabila dia dilihat melayani isterinya dengan penuh kasih sayang. Apa tidaknya, sudahlah rajin membantu isteri, ini siap sediakan Food Bank di dalam rumah untuk isterinya.
Troli Makanan/ Food Bank Untuk Isteri
Menerusi satu perkongsian di akaun Tiktok Asyfa, dapat dilihat suaminya sedang topup makanan di dalam Food Bank yang disediakan khas untuk isterinya kerana mengetahui pasangannya itu kerap kali lapar.
Terima kasih sebab selalu ringan tulang tolong wife buat kerja rumah, selalu manjakan wife walaupun dengan makanan.
Tambahnya lagi dalam perkongsian itu, perkara sedemikian pun sudah memadai dan cukup untuk membuatkan seorang isteri bahagia. Nak tengok Food Bank yang dimaksudkan? Memang penuh dengan makanan di setiap tingkat.
@asyfa_93 #TROLIMAKANAN #FOODIE #FOODBANK #foodtiktok #foodstorageideas #foodlover #fypシ #fyp #fypdong #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
Tapi kan, bila bercakap mengenai Food Bank ni, mesti ramai yang tahu sejak pandemik melanda negara, antara inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan adalah melalui Food Bank.
Sebenarnya, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyediakan inisiatif ini dengan kerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP).
JAWI Food Bank
Melalui inisiatif ini, pihak JAWI menyediakan agihan bantuan barangan keperluan asas kepada golongan yang terkesan dan memerlukan sekitar Wilayah Persekutuan. Bantuan yang berpusat di Komplek Pusat Islam Kuala Lumpur ini telah bermula semenjak awal tempoh pandemik melanda negara pada bulan Mac 2020.
Inisiatif ini juga turut disediakan secara ‘walk in’ serta dihantar terus kepada penerima. Untuk maklumat, sejumlah 255,052 pek barangan seperti beras, minya masak dan tepung bernilai RM4,221,337 telah diagihkan kepada penerima yang memerlukan.
Antara penerimanya adalah daripada golongan asnaf, B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah. Antara lain termasuklah pemandu p-hailing dan e-hailing, gelandangan. Pun begitu, sumbangan jasa terhadap negara tidak dilupakan kerana para frontliner kesihatan dan keselamatan turut menjadi penerima inisiatif ini. Tidak terkecuali, golongan bukan Islam dari agama dan bangsa berbeza turut menerima manfaat dari inisiatif ini.
Sehingga kini juga, 200 buah masjid dan surau telah menyediakan kemudahan tersebut di sekitar Wilayah Persekutuan. Selain itu, sejumlah RM156,250 peruntukan telah digunakan bagi menjayakan program Gerobok Rezeki Masjid dan Surau melalui sumbangan 12,500 kampit beras.
Selain membantu masjid dan surau menjayakan misi bantuan Gerobok Rezeki, JAWI FoodBank turut menerima permohonan bantuan dari penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Untuk maklumat lanjut mengenai JAWI Food Bank, anda boleh melayari laman Facebook JAWI Food Bank dan Laman Facebook JAWI.