Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa sehingga jam 3 petang ini, peratus keseluruhan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai sebanyak 57 peratus.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang.
🕘 Peratus keseluruhan: 57%
Sumber: SPR
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 20, 2021
PRU DUN Melaka Ke-15 pada kali ini berlangsung dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan di sebelah pagi.
Dalam keadaan negara masih lagi memerangi wabak pandemik COVID-19, pilihan raya pada kali ini terpaksa diadakan mengikut SOP yang ketat.
Bagi membendung penularan wabak COVID-19 atau kluster-kluster baharu, petugas-petugas pilihan raya telah ditugaskan agar sentiasa sanitasi pusat mengundi untuk menjamin keselamatan para pengundi yang hadir menunaikan tanggungjawab mereka.
PRN Melaka pada kali ini sedang diadakan bermula dari jam 8 pagi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan 1,109 saluran.
Bagi yang belum keluar untuk mengundi, tunaikan tanggungjawab anda demi kemajuan dan kesejahteraan negeri Melaka.
Sumber: @sprgovmy, Bernama