Siakap Keli
Gambar: fakta.indo

(Video) Degil Langgar ‘Signboard’ Amaran, Wanita Terima Padah, Kereta Dihempap Pokok Sedang Ditebang

Seorang wanita menerima padah selepas kenderaan yang dipandunya ditimpa sepohon pokok yang sedang dipotong gara-gara tidak mahu mematuhi tanda amaran.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Raya Tawangsari – Dalangan, Desa Kateguhan Indonesia pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawangsari, AKP Tri Jalu Wahyudi berkata, kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 37 tahun itu berlaku sekitar jam 13.45 waktu tempatan.

“Ketika itu, kerja-kerja menebang pokok di bahu jalan sedang dijalankan. Sudah ada papan tanda amaran kepada pengguna jalan raya supaya berhenti diletakkan di situ,” katanya.

Pengguna jalan raya yang lain telah berhenti dan mematuhi tanda amaran tersebut.

Walau bagaimanapun, dia tetap nekad untuk melanggar tanda amaran berkenaan.

Malang bagi pemandu tersebut apabila sebatang pokok yang ditebang itu telah tumbang dan menghempap kereta yang dipandunya.

“Tiada kemalangan jiwa, hanya kerugian harta benda yang berjumlah kira-kira 2 juta rupiah sahaja,” jelasnya.

Selain dari itu, jelasnya, sudah ada perbincangan di antara pihak yang bertanggungjawab terhadap projek itu dengan pemilik kenderaan berhubung kejadian berkenaan.

 

 

 

Sumber: Tribun-video.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.