Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air. Terdapat ribuan spesis ikan yang hidup dalam ekosistem yang berbeza.
Ada yang hidup di air tawar dan ada juga hidup di air masin kerana itulah habitat semula jadi mereka. Jadi tidak hairanlah untuk menemui haiwan ini berenang-renang di dalam air.
Namun begitu, apa yang menghairankan adalah sekiranya ikan tersebut berenang-renang seakan tiada apa yang terjadi tanpa kepala.
Ya, Tanpa kepala! Itulah yang terjadi dalam satu video yang tular dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @dyvnj4l5grxr ini.
Video yang dikongsikannya itu memaparkan seekor ikan di dalam sebuah sungai berenang tanpa kepala.
Seakan zombi, namun itulah yang terjadi dalam video pelik yang dimuat naiknya itu.
Dalam video tersebut, ketika ikan itu berenang ke pinggir sungai berkenaan, perakam video terbabit sempat untuk memegang ikan itu.
Apabila jarinya menyentuh ikan tersebut, ikan itu tidak memberikan sebarang respon mahu pun melarikan diri seperti ikan normal yang lain.
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan serta jenis ikan tersebut. Namun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 1 juta kali.
@dyvnj4l5grxr កុំថាឡើយមនុស្សយើងសូម្បីតែសត្វក៏ចង់មានជីវិតរស់នៅដូចជាមនុស្សយើងដែរ😭😭😭
Sumber: @dyvnj4l5grxr