Siakap Keli
Gambar: @peefuu

(Video) Tak Sangka Luar Macam Pondok ‘Buruk’, Pemuda ‘Belanja’ Ruang Dalam Rumahnya Macam Villa Mewah

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan isi rumah kayu miliknya yang kelihatan sederhana dari luar telah menjadi tular di media sosial.

Namun, ketika lelaki tersebut menunjukkan bahagian dalam rumahnya itu, ramai warganet yang tercengang melihat apa yang terdapat di dalamnya.

Dalam video itu, lelaki tersebut menunjukkan sebuah rumah kayu yang kelihatan biasa di luar, tetapi memiliki keselesaan yang tidak disangka didalamnya.

Pada awalnya, pemuda itu memperlihatkan bahagian depan rumahnya yang terdiri daripada pintu kayu dan dinding yang diperbuat daripada papan serta zink berkarat.

Bahagian hadapan rumah juga kelihatan dipenuhi dengan batu-bata yang berselerak di atas tanah.

Ketika lelaki itu membuka pintu, pemandangan yang berbeza daripada yang disangka kelihatan. Dapat dilihat bahawa terdapat lantai yang telah siap berjubin berwarna krim serta dinding yang telah dicat dengan warna putih di bahagian dalamnya.

Kemudian, lelaki itu telah memperlihatkan sebuah bilik bersih dan selesa mengandungi perabot seperti bilik hotel, bermula daripada tilam besar lengkap dengan alas katil, almari pakaian, meja solek, dan penghawa dingin.

Turut dipaparkan di dalam video tersebut berkenaan bagaimana dia dibantu bersama dengan beberapa lagi lelaki lain untuk membina rumah tersebut.

Dia juga turut menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk membina kediaman yang selesa itu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut sama ada ia adalah asli ataupun suntingan semata-mata.

Namun begitu, video yang dikongsikan oleh akaun TikTok bernama @peefuu itu telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 3 juta kali.

@peefuu

คิดถึงบ้านเก่าจัง😢

♬ She Doesn’t Mind – Sean Paul

Sumber: zonasurabayaraya

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.