Siakap Keli
Gambar: @tengkkumarina

(Video) Wanita Didakwa Ada ‘Masalah’ Jiwa, Tapi Hafal Surah Al-Fatihah Buat Ramai Kagum

Media sosial kembali dihebohkan dengan satu video tular berkenaan seorang wanita yang didakwa mempunyai masalah mental membaca surah Al-Fatihah sehingga habis.

Video tersebut telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama @tengkumarina. Dalam perkongsiannya itu, dia memperlihatkan seorang wanita yang didakwa menghidapi masalah mental atau Orang Dalam Gangguan Jiwa (ODGJ) mendekati keretanya di sebuah jalan di Indonesia.

“ODGJ ini sudah kenal kereta saya, dan hari ini dia membacakan surah Al-Fatihah untuk saya. Bahagia saya pagi ni,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Diminta baca surah Al-Fatihah

Video itu bermula ketika dia sedang memberikan makanan dan wang kepada seorang ODGJ yang berada di tepi jalan.

Wanita yang merakam video berkenaan diketahui sebenarnya sering memberikan bantuan kepada ODGJ itu. Disebabkan itulah ODGJ tersebut mengenali dan agak rapat dengannya.

Sebelum memberikan bantuan, dia telah meminta ODGJ itu untuk membacakan salah satu surah yang terdapat dalam Al-Quran kepadanya.

“Cantiknya. Kamu ada duit, kamu nak duit? Eh, kalau saya nak minta kamu baca Al-Fatihah boleh tak?” Tanya wanita dalam video tersebut.

Mendengar permintaan tersebut, ODGJ itu segera bersetuju. Dia pun membaca surah tersebut sehingga habis.

Wanita yang berada di dalam kereta itu turut berasa kagum dengan ingatan ODGJ yang tidak diketahui namanya itu.

“Bagus, pandai. Kalau duduk-duduk tu, mengaji juga ya. Jangan duduk diam atau tak buat apa-apa,” pesan wanita itu.

Perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian dalam kalangan warganet. Ramai yang juga turut berasa kagum dengan ODGJ itu kerana masih boleh ingat dan menghafal surah tersebut.

@tengkkumarina

#sedekahsubuh#muliakanodgj#fyp #fypシ

♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Komen warganet

“Walaupun sakit jiwa, tapi masih boleh ingat Allah, Masyaallah,” tulis seorang warganet.

“Dia lupa siapa dirinya tetapi tak lupa pada sang penciptanya,” komen seorang lagi.

“Wanita itu sudah lupa identitinya, tapi tidak lupa kepada siapa pencipta seluruh alam berserta isinya, semoga sihat selalu kak,” tulis yang lain.

Sumber: dream.co.id

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.