Siakap Keli
Gambar : Hellodoktor

Bahaya Ke Tidak? Ini Salah Satu Punca Kaum Hawa Boleh Tumbuh Janggut

Perubahan hormon kebiasaannya sering dialami oleh kaum hawa, tidak kira muda atau tua. Selalunya, masalah ini dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan menyebabkan mereka mengalami pertumbuhan rambut, terutamanya pada bahagian dagu atau atas bibir secara berlebihan.

Menerusi perkongsian daripada portal Hello Doktor, ini antara punca yang menyebabkan kaum hawa boleh ditumbuhi janggut.

Masalah hirsutisme, satu keadaan biasa

Hirsutisme merupakan situasi di mana seseorang mengalami pertumbuhan rambut yang berlebihan.  Dianggarkan antara 5-10% wanita dalam usia reproduktif atau berpotensi melahirkan anak terjejas disebabkan oleh keadaan ini.

Peach fuzz atau rambut kasar dan gelap yang tumbuh pada bibir atas, dagu, dada, perut atau belakang badan adalah keadaan biasa terjadi pada wanita.

Gambar : Hellodoktor

Selain daripada masalah hirsutisme, terdapat beberapa lagi punca lain yang menjadi penyebab rambut badan berlebihan.

Pertumbuhan rambut berlebihan kerana sindrom ovari polisistik (PCOS)

Polysystic Ovary Syndrome atau PCOS merupakan penyakit yang dialami oleh kaum wanita akibat kecelaruan hormon. Kebanyakan wanita yang mengalami PCOS banyak sista seperti cecair dan telur yang belum matang dalam ovarinya.

Selain itu, ia terjadi apabila penghasilan hormon androgen berlebihan pada ovari, termasuklah testosteron.

PCOS turut mengakibatkan beberapa gejala termasuklah:

Walaupun PCOS menyebabkan rambut pada bahagian muka tumbuh secara berlebihan, namun bagi sesetengah wanita, mereka mengalami masalah penipisan rambut kepala.

Punca sebenar PCOS masih tidak jelas. Tetapi berat badan berlebihan boleh menyebabkan rintangan insulin – menjadi antara faktor pengembangan PCOS.

Gambar : IMR Malaysia via hellodoktor

Hirsutisme idiopatik punca rambut berlebihan

Apabila punca rambut berlebihan tumbuh tidak diketahui dengan jelas, ia akan dikategorikan sebagai idiopatik.

Wanita dengan keadaan ini biasanya mempunyai:

Punca pertumbuhan rambut berlebihan yang jarang berlaku

Beberapa punca masalah hirsutisme yang jarang berlaku termasuklah:

  • Tumor merembeskan androgen – tumor ovari boleh meningkatkan tahap testosteron wanita dan menyebabkan hirsutisme
  • Penyakit Cushing – tumor pada kelenjar pituitari boleh menyebabkan badan menghasilkan testosteron berlebihan. Antara gejala lain termasuklah tekanan darah tinggi, muka bulat dan tanda regangan
  • Kesan sampingan ubat – pengambilan ubatan tertentu juga meningkatkan risiko hirsutisme, seperti siklosporin, suntikan testosteron dan minoxidil
  • Hiperplasia adrenal kongenital bukan klasik – gangguan genetik ini menjejaskan enzim dalam tubuh dan mengakibatkan hirsutisme. Biasanya muncul pada zaman lewat kanak-kanak atau awal dewasa
  • Gejala menopaus – ketidakseimbangan hormon semasa menopaus juga boleh menyebabkan masalah hirsutisme

Sumber : Hellodoktor

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.