Setelah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kedah telah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran pada hari ini. Pembukaan sekolah tersebut telah meilbatkan seramai 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah.
Menurut Pengarah Pendidikan Kedah Rozaini Ahmad, daripada jumlah itu seramai 154,214 murid merupakan murid sekolah rendah iaitu dari tahun satu hingga enam. Selebihnya pula iaitu 96,798 orang lagi merupakan pelajar sekolah menengah melibatkan kelas peralihan serta tingkatan satu hingga empat.
“Untuk sekolah rendah yang beroperasi hari ini ialah sebanyak 548 dan sekolah menengah yang beroperasi hari ini pula adalah sebanyak 204 dengan menjadikan keseluruhan sekolah ialah 752 sekolah beroperasi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber: Astro Awani