Seorang lelaki dipercayai telah menjadikan kehidupan jirannya seperti ‘neraka’ kerana sering memainkan muzik James Blunt berulang kali, lapor The Sun.
Penduduk dikatakan tidak cukup tidur, stres, keletihan serta kebimbangan akibat lagu You’re Beautiful hit bintang itu dipasang berulang kali.
Kata pihak mahkamah, apabila jirannya mendekati rumahnya untuk mengetahui punca datangnya muzik tersebut, mereka dipercayai telah dimarahi dengan kasar.
Pegawai kesihatan alam sekitar telah mendapat waran untuk merampas hartanya termasuk tiga buah televisyen, pembesar suara dan beberapa peralatan muzik lain di rumahnya.
Lelaki tersebut dikatakan bersalah dan dikenakan denda sebanyak £660 (RM 3712.31) kerana ketiadaannya telah melanggar Notis Perlindungan Komuniti.
Dakwaan mengatakan bahawa dia diperintahkan untuk membayar pampasan £1,400 (RM 7874. 60) kepada seorang jiran dan semua peralatannya telah dilucuthakkan secara kekal. Selain itu, dia juga mesti membayar kos sebanyak £699.70 (RM 3935. 61) dan surcaj terhadap mangsa sebanyak £66 ( RM 371. 23).
“Setiap orang mempunyai hak untuk tinggal dengan tenang di rumah mereka sendiri. Sebabnya kami tidak akan teragak-agak untuk mendakwa orang yang cuba mengambil hak itu dengan segera daripada jiran mereka,” kata kaunselor.
“Saya berharap jiran defendan akhirnya akan mendapat ketenangan.”
Sumber : The Sun