Siakap Keli
Gambar: Instagram Preity Zinta

Lima Tahun Menanti, Preity Zinta Umum Bakal Timang Anak Kembar

Bintang Bollywood terkenal, Preity Zinta menerusi laman instagramnya mengumumkan berita ini kepada para peminatnya bahawa dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata kembar dengan menggunakan khidmat ibu tumpang.

Penantian selama lima tahun itu berakhir dengan berita gembira ini. Preity menamakan bayi kembar mereka Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda. Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang dengan mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga.

“Kami berasa sangat teruja dengan fasa baharu dalam hidup kami.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti, iaitu ibu tumpangan kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini”, katanya menerusi hantaran di Instagram.
Sementara itu, di ruangan komen hantaran tersebut juga dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat dan juga rakan selebriti seperti Priyanka Chopra, Shilpa Shetty, Dia Mirza dan ramai lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity G Zinta (@realpz)

 

Sumber: Preity Zinta

 

Aireena Marizan