Siakap Keli

RASMI: Ole Gunnar Solskjaer Sah Tinggalkan Manchester United

Selepas kekalahan demi kekalahan dan yang terbaharu kekalahan 4-1 ke atas Watford lewat malam semalam menjadi titik akhir jodoh Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

Pihak kelab baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan Ole sudah meninggalkan jawatan sebagai pengurus Manchester United serta pihak kelab mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang diberikan.

Menurut pihak kelab United, Ole akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang lagenda di kelab ini dan mereka kesal sehingga terpaksa membuat keputusan yang sukar ini.

“Ole akan meninggalkan kelab ini dengan sekalung ucapan terima kasih atas usaha dan jasa yang telah diberikan sepanjang 3 tahun berkhidmat. Kami ucapkan selamat maju jaya untuk masa depan beliau.”

“Tempat Ole di dalam lipatan sejarah kelab ini sentiasa akan dikenang. Bukan sahaja kisah perjalanan beliau sebagai pemain United, malah sebagai seorang lelaki hebat dan pengurus yang telah memberikan detik-detik terhebat untuk kelab ini.”

“Beliau sentiasa dialu-alukan kembali ke Manchester United sebagai sebahagian keluarga besar kami. Untuk beberapa perlawanan mendatang, Michael Carrick akan mengambil alih buat sementara waktu sebagai pengurus kelab sementara pihak pengurusan ingin mencari pengurus interim baharu untuk memimpin pasukan sehingga akhir musim ini.”

Sebahagian besar peminat United menantikan momen ini, bukan kerana tidak menghargai apa yang Ole telah lakukan untuk kelab. Tetapi, prestasi semasa yang menjadi titik panas peminat mahukan pengurus yang baharu dan layak memimpin United.

Ole Gunnar Solskjaer seorang pengurus pasukan bola sepak yang berasal dari negara Norway. Beliau pernah menguruskan pasukan Molde dan Cardiff City sebelum mengambil alih tugas Jose Mourinho sebagai pengurus interim di United sebelum menandatangani kontrak sebagai pengurus penuh.

Boleh dikatakan kehadiran Ole yang menggantikan Mourinho sebagai penyelamat masalah dalaman kelab yang ditinggalkan ‘ The Special One’. Ketika itu ramai pemain yang menunggu masa meninggalkan kelab sebelum Ole tiba dan bagaikan membawa sinar baharu.

Rekod paling diingati sepanjang era pemerintahan Ole iaitu rekod tanpa kalah di tempat lawan sepanjang 29 perlawanan. Kekalahan demi kekalahan musim ini menyebabkan kedudukan Ole sebagai pengurus kian tergugat dan hari ini segalanya berakhir.

Sumber: Manchester United

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)