Siakap Keli
Kredit: Sinar Harian

Seorang Mekanik Maut Dihempap Kereta

BAYAN LEPAS – Seorang mekanik maut dihempap ketika sedang membaiki sebuah kereta di sebuah premis di sini semalam, lapor Awani.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pegawai Kanan Bomba II Helmirizal Che Morad berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 11:45 malam.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian, mendapati seorang lelaki tidak bergerak dengan keadaan sebuah kereta sedang menghempapnya.

Mangsa sedang membaiki sebuah kereta jenis Proton Saga dan tiba-tiba kereta berkenaan menghempap separuh badan mangsa.

“Mangsa yang berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi”, menurutnya dalam satu kenyataan pagi ini.

Kerja-kerja menyelamat mangsa dilakukan menggunakan peralatan ‘Rescue Tools’ dan mayat mangsa dikeluarkan pada jam 1:02 pagi. Operasi itu ditamatkan pada jam 1:05 pagi tadi.

Sementara itu, identiti mangsa tidak dapat diperoleh dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber: Awani

 

" "