Siakap Keli
Gambar via TikTok & Tribunnews

Walau Buta Sebelah Mata, Ayah Gigih Buatkan Sendiri Pelamin Anak Sebab Nak Bagi ‘Pengorbanan Terakhir’

Hari pernikahan semestinya menjadi momen paling bahagia bukan sahaja kepada pasangan pengantin, malah bagi kedua ibu bapa yang telah membesarkan anak-anak dari kecil hingga dewasa.

Ibu bapa selalunya adalah yang paling sibuk menjelang hari perkahwinan anak-anak. Sampai tak menang tangan lah mak ayah kita uruskan itu dan ini untuk pastikan majlis perkahwinan anak kesayangan mereka berjalan lancar.

Tapi lain pula dengan bapa pengantin perempuan dari Indonesia ini. Kalau selalu ibu bapa sibuk uruskan undangan atau buat door gift majlis kahwin anak, lelaki paruh baya yang dikenali sebagai Suyanto ini pula siap buat pelamin sendiri untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Marta.

Marta ketika dihubungi Tribunnews berkata, sang ayah memang berkeinginan membuat dekorasi sendiri untuk resepsi pernikahannya Mac lalu yang ketika itu diadakan di samping rumah mereka.

“Bahagian yang dibuat ayah mula dari bersihkan samping rumah yang sebelumnya kebun pisang dan tempat sampah.

“Kemudian dibuatlah khemah, pentas dan dekorasi.

“Semuanya dibuat dari buluh, papan dan lebihan kain yang dibuat seperti bentuk bebatuan,” katanya.

Bercakap tentang dekorasi sederhana pelaminnya itu, Marta mengaku tidak malu dengan hasil tangan ayahnya, malah berasa bangga dikurniakan sosok seorang ayah yang sangat menyayanginya.

Menurut Marta, proses pembuatan pelaminnya itu tidaklah mudah, tambahan pula dengan keadaan fizikal ayahnya yang hanya boleh melihat dengan sebelah mata. Ayahnya mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan pelamin itu dengan bantuan bapa saudara dan adiknya.

Mahu beri ‘pengorbanan terakhir’

Jelas Marta memetik laporan Tribunnews, ayahnya memilih membuat sendiri dekorasi pernikahan Marta atas alasan kekurangan biaya, di samping memberi pengorbanan terakhir buat anak perempuannya.

“Yang pertama tentunya kerana kewangan.

“Yang kedua ayah ingin beri kenangan buat saya kerana boleh dikatakan setelah berkahwin, semua tanggungjawab berpindah kepada suami.

“Jadi ayah mahu berikan yang berbeza dari orang lain,” ujar Marta.

Proses pembuatan pelamin untuk majlis resepsinya itu turut dimuatnaik Marta di laman TikTok miliknya. Video tersebut sempat mendapat perhatian warga net hingga ditonton sebanyak 1.9 juta kali di TikTok setakat ini.

@martamonita

bukti sayang nya seorang ayah ke anak perempuan#fyp

♬ Squid Game x Dont Let Me Down – sᴜᴘᴇʀᴍᴏᴛᴏ.ᴄᴏᴍ 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭

Sumber: Tribunnews

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.