Siakap Keli
Kredit: TikTok @idrismustaffa

Walaupun Baru Berusia 5 Tahun, Kanak-Kanak Ini Dah Boleh Meluncur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti meluncur air bukanlah satu aktiviti yang mudah. Mana taknya, bila dah mula meluncur mesti perlukan keseimbangan badan lepas tu baru boleh berdiri. Lagi susah apabila yang nak meluncur itu si cilik yang masih lagi sedang belajar cara-cara untuk meluncur.

Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @idrismustaffa ini. Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang hebat bermain papan luncur.

Pada awal video itu menunjukkan bapanya telah menolak papan luncur tersebut dan ombak pula menolak papan luncur itu ke hadapan. Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan sungguh berani dan hebat kerana dia berjaya berdiri dengan begitu cantik pada papan luncur itu.

Walaupun ombak menolak papan luncur itu, kanak-kanak itu dilihat berjaya mengimbangi dirinya daripada terjatuh. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton perkongsian video di bawah.

@idrismustaffa

Ulya 5 year old surfing #surf #surfing #surfmalaysia #amazingterengganu

♬ suara asli – ANSTRAP – ANSTRAP26

Video tular yang meraih hampir 200,00 tontonan di TikTok itu turut mendapat jumlah komen yang begitu memberangsangkan daripada warganet.

Kredit: TikTok @idrismustaffa
Kredit: TikTok @idrismustaffa
Kredit: TikTok @idrismustaffa

Sumber: TikTok @idrismustaffa

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.