Siakap Keli

Centaurea: Fasa 2 Dibuka Untuk Pendaftaran Atas Sambutan Yang Menggalakkan

Bandar U Seri Iskandar oleh pemaju hartanah Hua Yang Berhad ialah sebuah perbandaran pendidikan bersepadu yang terletak di lokasi yang strategik di Daerah Perak Tengah, kira-kira 33km dari Bandaraya Ipoh. 

Perbandaran ini terdiri daripada 777 ekar luas tanah sempurna dilengkapi pelbagai kemudahan asas komuniti dengan kediaman, kedai pejabat, masjid, tempat rekreasi dan riadah D’Ecolake, tangki simpanan air dan sebagainya. Sebanyak 4,095 unit rumah teres, rumah berkembar dan rumah banglo serta 375 unit pejabat dan premis komersial telah siap dibina. Pembangunan yang dilancarkan di perbandaran ini menawarkan harga mampu milik dan paling menguntungkan pembeli sama ada untuk persendirian atau pelaburan.

Pada awal tahun 2020, Hua Yang Berhad telah melancarkan projek Sakura, sebanyak 410 unit rumah teres satu tingkat habis dijual dalam tempoh masa satu tahun setengah. Dengan sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi terhadap rumah mampu milik, Hua Yang akan meneruskan pembinaan rumah mampu milik untuk mendorong rakyat merealisasikan hasrat satu keluarga satu kediaman.

Pelancaran baru Centaurea yang terdiri terdiri daripada 335 unit rumah teres 1 ½ tingkat, dengan keluasan tanah 20’ x 65’ dan 22’ x 60’. Pembangunan projek perumahan seluas 24 ekar ini menawarkan harga mampu milik, menampilkan gaya hidup yang sempurna dan keindahan hidup bersama dengan keluarga. 

  • Keluasan binaan 1,200 kaki persegi
  • 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air
  • Harga mampu milik dari RM237,500*
  • Tiada kos tambahan untuk tanah tambahan
  • Ruang tamu & anjung kereta yang luas
  • Konsep moden dengan Akses Internet Laju (Fibre Optic)
  • Rumah berkualiti tinggi dan terjamin (Qlassic daripada CIDB, Malaysia)

Centaurea Fasa 2 kini dibuka untuk pendaftaran atas sambutan yang baik dari Centaurea Fasa 1 dan untuk memenuhi permintaan pembeli. Tambahan pula, projek ini turut menawarkan promosi Early Bird dan Skim Mudah Milik. Antaranya ialah tanpa kos pendahuluan, fi guaman, dan duti setem yang ditanggung oleh pemaju.

Secara umumnya, sebuah projek perbandaran yang maju mempunyai akses dan fasiliti-fasiliti lengkap untuk memudahkan sebarang urusan. Antara sebab utama perbandaran ini berkembang pesat termasuk harga rumah yang berpatutan, rekod prestasi Hua Yang Berhad yang membanggakan di Bandar U Seri Iskandar dan daya tarikan rekabentuk rumah yang praktikal untuk keluarga.

Perbandaran Bandar U Seri Iskandar dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembeli seperti:

  • Laluan utama lebuhraya – Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)
  • Kemudahan pengangkutan awam – KTM Batu Gajah dan Terminal Bas Seri Iskandar
  • Kemudahan membeli-belah – Lotus’s Seri Iskandar, Econsave dan D’ Mall
  • Kemudahan akses ke pejabat-pejabat kerajaan 
  • Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan Pendidikan- Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Vokasional Seri Iskandar, Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Professional MARA
  • Premis-premis komersial (makanan) dan hiburan – D’ecolake, mmCineplexes, KFC, Pizza Hut, McDonald’s, Domino’s, Secret Recipe dan Subway
  • Fasiliti-fasiliti kesihatan – Klinik Kesihatan Seri Iskandar, Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Iskandar, Klinik Cure & Care dan Agensi Antidadah Kebangsaan

Layari  http://huayang.com.my/bandaruseriiskandar/ untuk maklumat lanjut. 

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.