Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kadar Kemasukan Hospital Sudah Meningkat – Khairy

Kadar kemasukan pesakit ke hospital dilapor sudah meningkat akhir-akhir ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Kebanyakan kes adalah warga emas atau golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat (ahli keluarga) yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah.

“Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak. Dapatkan booster (penggalak) bila diberi temujanji,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Dalam ciapan yang seterusnya, Khairy turut menasihatkan orang ramai agar meyakinkan ibu bapa mereka untuk menerima suntikan dos penggalak.

“Jika ibu bapa atau datuk nenek anda telah menerima janji temu dos penggalak COVID-19 mereka, sila yakinkan mereka untuk mengambilnya.

“Suntikan penggalak adalah selamat dan akan memastikan mereka lebih terlindung daripada COVID-19 dan risiko ahli keluarga mereka membawa pulang virus berkenaan ke rumah,” tambahnya.

Untuk rekod, pertambahan kes COVID-19 harian baharu pada semalam mencatatkan angka sebanyak 4,854 kes dan menjadikan jumlah kumulatif turut bertambah kepada 2,586,601 kes setakat ini.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

" "