Siakap Keli
Foto: Izulman Telimik

“Kena Apply Thai Pass Kat Link Ini,” Lelaki Ini Kongsi Proses ‘Penuh’ Nak Melancong Ke Bangkok

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rasanya tak ada manusia yang tidak suka melancong, lebih-lebih lagi jika berpeluang ke tempat orang. Tambahan pula sekarang kerajaan sudah memberi kelonggaran untuk melancong ke luar negara, lagi ramailah yang seronok kan?

Pasti ada yang gemar melancong ke Bangkok, Thailand? Mana taknya, di situ kaya dengan pelbagai makanan yang menyelerakan sekaligus memiliki permandangan yang cantik.

Sebelum ke sana, korang kena pastikan beberapa dokumen bersama dengan korang. Jadi, jom kita baca perkongsian daripada salah seorang warga Malaysia yang baru sahaja mendarat di Kota Bangkok.

Pemilik Facebook, Izulman Telimik berkongsi beberapa prosedur dan dokumen penting yang korang perlu tahu serta ada sebelum menjejak kaki ke sana.

Alhamdulillah, saya dah pun selamat landed kt Survanabhumi Airport, Bangkok. Just nak share process sapa nak ke sini.

Gambar Sekadar Hiasan

Pre-departure

Dokumen yang diperlukan:

1. Vaccination certificate

Vaccine certificate tu boleh download di MySejahtera. Untuk yang vaccinated abroad kene request balik digital certificate di negara yang kita ambik tu sebab MySejahtera tak produce for us. Macam saya, requested balik dengan health provider di Amerika tempat ambik vaccine.

2. Proof of Insurance – $50k coverage

Proof of insurance, saya beli AXA Sawasdee very straight forward process dan cashless claims. Untuk basic $50,000 harga cheapest dalam RM300 untuk 2 minggu coverage. So seminggu maybe RM150 je kot xsure. Rujuk sini. https://www.axa.co.th

3. PCR test result – within 3 days before fly

PCR test result ada promo saya buat dengan Lauren Blue by UCSI kat Cheras area Ikon Taman Connaught harga RM190. Result cepat je dalam masa kurang 5 jam.

4. Hotel quarantine booking – 1 night

Hotel quarantine saya booked kat Agoda, nanti Agoda akan popped up nak apply SHA+ quarantine package tak, then pilih hotel. Ambik satu malam je for this. Waktu nak check out nanti hotel akan include harga covid related (airport transfer, then pegi swab PCR driver bawak and RT Antigen set tuk swab kt hotel sebelum check out). Harga dalam lingkungan RM500 on top of hotel price.

Saya booked The Quarter Hotel Ari by UHG sebab dekat dgn BTS station dan hospital nak swab test tu driver drop by.

5. Passport
6. Return flight ticket

Flight saya beli Singapore Airlines dalam RM450 one way. Initially tak beli return tiket sekali ade problem kat kaunter sebab tak apply visa.

(Clarification: you don’t need visa to go Thailand as a Malaysian, tapi kalau tak nak beli return tiket perlu ada visa), on the spot beli tiket so jangan jadi macam saya kelam kabut.

Ready semua dokumen atas ni lepas tu boleh apply Thai pass. Proses sangat mudah ikut je and approval within 24 hours. Boleh rujuk sini: https://tp.consular.go.th

Departure

Airport sekarang masih tak stabil pengurusan walaupun tak ramai orang. Terutamanya pagi, amalkan untuk datang 3.5 jam lebih awal. Saya sampai 8 am, beratur dan check dokumen je 1.5 jam, tunggu bas nak ke terminal sebab train takde another 20 mins. Print semua dokumen yang diperlukan, tak taula why they dont go paperless tapi perlu. Get ready banyak2 soalan daripada kaunter jawab je dengan yakin.

Foto: Izulman Telimik

Nasib immigration laju and flight pukul 10.20am departure gate tutup 10 mins sebelum instead of 45 mins jadi takde lah missed flight. But remember tak semua flights tutup gate hanya 10 minit sebelum so just be mindful.

Arrival

Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun penat 7 jam termasuk transit kat Changi.  Sampai je immigration akan check thai pass (ade barcode) dengan PCR test result yang buat kat Malaysia. Duduk kerusi tunggu macam gambar bawah ni then off you go tuk exit, nanti hotel pick up dah tunggu siap-siap.

“Tapi for sandbox areas, kene stay at least 7 hari sebab ade travelers tak vaccinated gak. Better avoid for now kot.”

Dah swab kat hospital first time daripada airport on the way ke hotel, diorang akan bekalkan satu lagi RTK tuk guna the next day. Kalau all good boleh la start pusing-pusing Thailand. 

That’s all saja update, nanti jangan lupa apply home quarantine 7-10 days sebelum balik. Boleh apply sini: https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index

Klau nak apa-apa info lanjut, join group ni Malaysia Quarantine Support Group (MQSG)

p/s: accomodation tengah cheaper than usual, airbnb leh dapat $20, hotel dalam $30-40/night good quality and easy bts access.

 

Sumber: Izulman Telimik

" "