Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?

“Kongsi Kekayaan Dengan Staf,” Ramai Nak Kerja Di 18 Syarikat Ini, Tawar Faedah Lumayan & Diiktiraf Organisasi Terbaik Malaysia

Nur Farra

Frasa ini kadang-kala keluar dimulut-mulut pekerja terhadap syarikat yang tidak prihatin isu kebajikan staf termasuk daripada segi keselamatan dan faedah lain.

Sebelum ini, Apple, Salesforce dan Facebook mengungguli carta syarikat yang sangat-sangat berjaya dalam mengekalkan bakat-bakat hebat serta menjaga kebajikan setiap pekerja mereka dengan tawaran faedah seperti fleksibiliti waktu kerja, latihan, dan peluang memiliki saham syarikat.

Tak hanya jenama besar di luar negara, syarikat-syarikat didalam negara kita juga turut dilihat sebagai organisasi terbaik kerana berkongsi ‘kekayaan’ syarikat bersama-sama pekerja dibawah mereka.

18 Syarikat Di Malaysia Diiktiraf Penerima Anugerah Organisasi Kemakmuran Bersama 2021

  1. CTRM Aero Composites Sdn. Bhd.

  2. Rawang Specialist Hospital Sdn. Bhd.

  3. Harta Maintenance Sdn. Bhd.

  4. Tehki Food Manufacturing Sdn. Bhd.

  5. Seng Tailor Enterprise Sdn. Bhd.

  6. Thomson Hospitals Sdn. Bhd.

  7. Indkom Engineering Sdn. Bhd.

  8. Tunglip Precision Industry Sdn. Bhd.

  9. Hicom- Teck See Manufacturing Sdn. Bhd.

  10. SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

  11. Thumprints Utd Sdn. Bhd.

  12. Rohm Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.

  13. Sime Darby Plantations Sdn. Bhd.

  14. Synapse Rehab Consulting Sdn. Bhd.

  15. Sulomas Sdn. Bhd.

  16. Vyramid Electrical & Engineering Sdn. Bhd.

  17. Shamawar Elektrik Sdn. Bhd.

  18. Ohara Optical (M) Sdn. Bhd.

Tahun ini buat julung kalinya, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan sokongan Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (MOHR) ingin menghargai organisasi-organisasi yang telah diperakui sekaligus mengiktiraf sebagai role model PLWS ini.

Anugerah Organisasi Kemakmuran Bersama ini mempamerkan organisasi-organisasi dengan amalan terbaik Sistem Upah yang dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS) yang berlandaskan penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama antara majikan dan pekerja.

Pemenang tempat pertama anugerah ini dengan amalan terbaik perkongsian saksama majikan-pekerja telah dimenangi oleh CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., sekaligus menerima insentif tunai RM4, 000 dengan trofi dan sijil.

Rawang Specialist Hospital Sdn. Bhd. ditempat kedua dikuti dengan Harta Maintenance Sdn. Bhd. ditangga ke tiga yang masing-masing menerima insentif tunai RM3, 000 dan RM2, 000 berserta trofi dan sijil.

Penjurian untuk Anugerah Organisasi Kemakmuran Bersama ini berlandaskan pembentangan bukti-bukti amalan elemen-elemen PLWS oleh organisasi antaranya pembahagian imbuhan atau bonus, kenaikan gaji berdasarkan prestasi kerja, caj perkhidmatan, pencapaian individu atau berkumpulan, insentif kehadiran, insentif jualan, insentif penjimatan kos dan masa serta elaun pensijilan.

Menurut Ketua Pengarah MPC, “Berdasarkan Laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, PLWS menawarkan struktur gaji lebih fleksibel yang berupaya dalam membantu kestabilan pekerjaan, menghadapi suasana ketidaktentuan ekonomi, dan mengurangkan risiko pemberhentian pekerja apabila berlakunya penurunan pertumbuhan ekonomi. Lebih penting, PLWS menjaga kebajikan pekerja dan majikan agar kedua-kedua pihak boleh menikmati hasil yang saksama berdasarkan prestasi dan produktiviti syarikat.”

Sudahkah syarikat anda diperakukan?

Sehingga kini, lebih 5,000,000 pekerja telah mendapat manfaat daripada pengamalan PLWS di organisasi dan syarikat.

Mana-mana organisasi boleh mendaftarkan syarikat anda secara dalam talian melalui http://www.mpc.gov.my/espo/ dan akan diperakui serta-merta jika memenuhi tiga (3) komponen utama yang ditetapkan. Layari Facebook, Youtube PLWS untuk maklumat lanjut.