Seorang lelaki dilaporkan kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor, lapor Times Of India memetik India Times.
Memetik daripada laporan India Times, jasad lelaki tersebut dipercayai telah disimpan selama 7 jam di dalam peti sejuk jenazah.
Dikatakan lelaki tersebut telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan laju dan terus dikejarkan ke hospital daerah pada malam Khamis lalu. Ketika di hospital, doktor yang bertugas telah mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia.

Sejurus pengesahan kematiannya, pihak hospital telah memasukkan jasadnya ke dalam peti sejuk di bilik mayat untuk dibedah siasat.
Hampir tujuh jam kemudian, kakak iparnya dipercayai perasan bahawa dia menunjukkan tanda-tanda pergerakan selepas mereka telah menandatangani dokumen ‘panchnama‘ sebagai tanda persetujuan untuk menjalankan bedah siasat.
Menerusi laporan India Times, ahli keluarganya terus mengerumuni jasad tersebut dan memanggil doktor petugas dan pihak polis.
Selepas lelaki tersebut dikeluarkan dari peti sejuk, tubuhnya telah dipindahkan ke pusat kesihatan daerah Meerut dan keadaannya semakin pulih.
Kata ahli keluarganya, dia masih lagi tidak menyedarkan diri dan doktor juga telah memberi jaminan bahawa dia telah berada pada fasa luar bahaya.
Sumber : India Times