Siakap Keli

Majlis Penyampaian Sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China Di Malaysia Kepada JAWI Food Bank

Majlis Penyampaian sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya pagi tadi. Mock Cheque berjumlah RM 100,000 telah disampaikan oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia kepada Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dengan disaksikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumbangan tersebut bertujuan menjayakan misi bantuan Musaadah Covid-19 melalui program JAWI Food Bank yang memberikan manfaat kepada penerima dari pelbagai golongan masyarakat di Wilayah Persekutuan seperti frontliner kesihatan dan keselamatan, B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu p-hailing dan e-hailing, warga emas dan OKU serta gelandangan dan bukan Islam.

Sumbangan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank merupakan kali ketiga semenjak tahun 2020. Sehingga kini JAWI Food Bank dengan kerjasama rakan strategik telah mengagihkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM 4.8 juta kepada golongan yang terkesan dan memerlukan semenjak pandemik melanda negara khususnya di Wilayah Persekutuan. Bantuan yang berpusat di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur tersebut menyediakan perkhidmatan secara ‘walk in’ serta dihantar terus kepada penerima.

 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

18 November 2021

Siti Fatimah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.