Bila bercakap tentang pakaian, pasti setiap individu mempunyai gaya atau stail yang berbeza. Mula dari warna, corak, model mahupun ukuran, setiap individu pasti punya pilihan yang berlainan mengikut citarasa masing-masing.
Seiring perkembangan teknologi di mana hampir semuanya berada di hujung jari, kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli pakaian secara atas talian. Pun begitu, masalah yang sering dihadapi bila beli pakaian online ini tak lain tak bukan adalah ukuran.
Maka tak sedikit daripada kita yang mengukur saiz badan sendiri menggunakan pita pengukur untuk dibandingkan dengan skala saiz yang disediakan penjual. Risau kalau-kalau tersalah saiz, tak pasal-pasal kena let go pulak baju tu. Nak beli lain, lama juga nak tunggu sampai, tambahan pula dari luar negara.
Walaupun dah ‘ukur baju di badan sendiri’ sebelum beli, terkadang baju yang sampai tak sama ukuran dengan saiz badan yang kita ukur. Contohnya, dah ukur dengan betul ikut skala yang diberikan, sampai-sampai baju singkat. Musykil juga kan di mana salahnya.
Kalau masalah ni pun jadi kat korang, cuba tengok tali tape yang korang pakai, boleh jadi korang guna tali tape yang salah. Mungkin ramai yang masih tak tahu, pita pengukur baju atau turut dikenali sebagai tali tape ni sebenarnya mempunyai ukuran yang berbeza-beza.
Nak tahu apa beza tali tape yang selalu korang guna untuk ukur baju tu, ikuti perkongsian pengguna Twitter Cikgu Zel di bawah ini.
“Ingat sama..”
Nak share ilmu malam ni pasal ‘tali tape’, ada perbezaan rupanya. Ingat sama.
- Warna hijau dan kuning untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.
- Warna putih untuk buat baju or seluar yang hendak dijahit.
If beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).

Ukurannya berbeza sangat-sangat. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat or tidak, mohon pastikan tali inci anda adalah yang hijau atau kuning tu.
Ada yang mengatakan takda kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yang betul:
- Semak dengan pembaris sentimeter
- Jika tulis cun (市寸) = China
- Ada 7 senggat antara inci = UK
Jika beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK.
Jadi kalau nak ukur saiz sebelum beli baju online, pastikan korang guna tali tape yang betul. Semoga bermanfaat!
Nak share ilmu malam ni pasal "tali tape", ada perbezaan rupanya 🥺 pic.twitter.com/wuatVrTtR6
— eika 🦋 (@cikguzel) November 20, 2021
Sumber: Twitter Cikgu Zel