Pihak Pentadbiran Makanan Dan Dadah AS menasihati pengguna supaya tidak membeli bawang tertentu berikutan penyebaran wabak Salmonella di 38 buah negeri termasuk Puerto Rico, lapor berita CDC melalui CNN US.
Menurut laporan CNN, beberapa syarikat sudah tidak lagi mengambil bekalan bawang ekoran daripada penularan wabak Salmonella yang dikatakan tersebar melalui bawang merah, kuning, dan putih yang dibekalkan oleh syarikat ProSource Produce LLC dan Keeler Family Farms.

CDC melalui CNN US melaporkan bawang itu telah diimport dari Chihuahua, Mexico antara 1 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021 lalu.
The US Food and Drug Administration (FDA) juga menyenaraikan bawang putih dan bawang kuning yang didapati daripada Green Giant Fresh serta bawang yang terdapat dalam beberapa kit makanan tertentu daripada EveryPlate dan HelloFresh turut berisiko berlakunya pencemaran dan telah ditarik balik.
Hampir 3 ke 4 guni beg bawang yang diedarkan oleh Alsum Farms & Produce Inc, Potandon Produce LLC, and Pier-C Produce turut berpotensi tercemar dan telah ditarik balik daripada pasaran di antara Julai hingga Ogos lalu.
CDC melaporkan, sekurang-kurangnya 892 jangkitan dan 183 kes yang melibatkan kemasukan ke hospital berkaitan wabak Salmonella telah dicatatkan setakat ini.
Sumber: CNN US