Siakap Keli
Sumber: PDM CDMX via NY Post

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas ‘Pesakit’ ’Tumbangkan’ Dua Perompak Ketika Sedang Buat ‘Check Up’ Di Klinik Gigi

Ibarat buku bertemu dengan ruas, itu perumpamaan paling tepat boleh digunakan terhadap dua perompak malang yang tewas ditumpas polis semasa cubaan merompak di sebuah klinik gigi di Brazil baru-baru ini.

Merujuk laporan NY Post, pada awalnya kedua-dua perompak tersebut dilihat memasuki klinik berkenaan sekitar pukul 10 pagi dan dipercayai turut memaksa doktor serta kakitangannya untuk masuk ke bilik rawatan.

Suspek dilihat cuba mengacu senjata tajam dipercayai pisau terhadap mangsa, dalam masa sama seorang pesakit lelaki sedang dirawat di katil. Malangnya, suspek tidak tahu bahawa pesakit tersebut rupanya anggota polis.

Menyedari suspek cuba bertindak secara berbahaya, anggota polis tersebut bangun dari katil dan dipercayai cuba ‘menyerah diri’ dengan tenang sambil meniarap di lantai serta mengangkat kedua-dua tangannya.

Bagaimanapun apabila suspek utama mendekati dan memeriksa kocek bajunya, anggota itu serta-merta bangkit dan menjatuhkan suspek ke lantai sebelum mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.

Suspek utama berjaya ‘dikunci’, manakala suspek kedua pula cuba untuk menyerang anggota polis berkenaan di luar pintu. Namun sekali lagi cubaan menyerang gagal apabila dia turut tewas ditumpaskan.

Akhirnya kedua-dua suspek malang itu berjaya diberkas dan mereka dilapor mengalami cedera ringan. Menurut laporan NY Post, salah seorang suspek baru berusia 19 tahun dan seorang lagi tidak dapat dikenal pasti.

Difahamkan, mangsa ‘pesakit gigi’ berusia 46 tahun itu merupakan seorang anggota polis Federal District Military Police di Brazil yang berpengalaman berkhidmat selama 25 tahun.

Happy ending for dentist’s office being mugged from nextfuckinglevel

Sumber: NY Post

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.