Siakap Keli
Gambar: via abc News

Wanita Hamil Dilapor Maut Ditembak Di Perut & Kepala Ketika Buka Hadiah Dari Majlis ‘Baby Shower’

Seorang wanita hamil dari Philadelphia, Amerika Syarikat dilaporkan maut pada malam Sabtu lalu di luar rumahnya sewaktu dia sedang membuka hadiah pemberian di majlis “baby shower”.

Menurut pihak berkuasa, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan ditembak di bahagian kepala dan juga perut, lapor abc NEWS.

Menurut laporan, pihak berkuasa menyatakan bahawa wanita tersebut seolah-olah sudah lama menjadi sasaran.

“Orang yang melakukan ini sangat pengecut,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Christine Coulter kepada Stesen ABC WPVI di Philadelphia.

“Bandar ini menawarkan ganjaran hampir $50,000 ganjaran kepada siapa-siapa yang tampil sebagai saksi dan maklumat berkenaan pesalah yang melakukan tembakan ini.” kata Jim Kenney, Datuk Bandar Phiiladelphia.

Menurut Coutler, tembakan ini berlaku sekitar 8:30 malam sebaik sahaja wanita itu pulang daripada “baby shower” bakal bayinya yang akan lahir itu.

Sewaktu kejadian wanita hamil itu baru sahaja ingin membuka hadiah pemberian tetamu yang hadir semasa “baby shower”. Mangsa dikatakan sedang membuka hadiah tersebut di dalam kereta Kia Soul miliknya yang berada di luar rumahnya berhampiran jalan Palmetto.

Pegawai polis yang bertugas meronda dua blok jauh daripada kawasan rumah wanita hamil itu terdengar bunyi tembakan dan bergegas ke kawasan tersebut. Setibanya pegawai polis di situ, wanita hamil itu sudah mengalami luka di bahagian kepala dan perutnya.

“Sekurang-kurangnya 11 das peluru yang telah dijumpai oleh para penyiasat.” kata polis yang bertugas.

“Apabila saya melihat situasi ini, saya rasa seperti ada yang sudah merancang dan menyasarkan sasaran target mereka.” kata Coutler sekali lagi kepada WPVI melalui abc News.

Setelah menemui mangsa, petugas membawa wanita hamil dengan usia 7 bulan kandungan itu ke Pusat Perubatan Einstein. Setibanya di sana, wanita itu dan juga anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

“Doktor tidak dapat menyelamatkan wanita hamil itu dan anak dalam kandungannya.” kata polis bertugas.

“Dengan itu, berikutan kes yang baru sahaja berlaku di sini di hujung blok saya, saya berharap bandar ini melakukan sesuatu” kata Tom McDonald jiran kawasan itu, kepada WPVI melalui abc News.

Gambar: via abc News
Gambar: via abc News

Sumber: abc NEWS

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.