Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Fox News

Amerika Syarikat Dilapor Mahu Tubuh ‘Pejabat UFO’ Baharu, Mahu Pantau Ancaman ‘Makhluk Asing’

Sejak berdekad lamanya, timbulnya dakwaan yang mengatakan bahawa kapal angkasa makhluk asing atau UFO benar-benar wujud dan telah dirakam di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat.

Pada bulan Mei yang lalu, seorang bekas leftenan Tentera Laut telah mendakwa bahawa dia dan rakan setugasnya mungkin telah melihat pesawat makhluk asing di tenggara Virginia Beach hampir setiap hari selama dua tahun bermula pada 2015.

Susulan itu, kerajaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa mereka mahukan lebih banyak maklumat mengenai ‘penampakan’ itu. Ahli politik dari parti republikan dan demokrat dilaporkan akan membangunkan satu program baharu yang dinamakan sebagai ‘Pejabat UFO’, lapor  portal Interesting Engineering.

Senator Kirsten Gillibrand mengatakan bahawa mereka perlu tahu jika ada sebarang teknologi yang dimiliki oleh musuh atau mana-mana entiti lain.

Difahamkan, pejabat baharu itu akan terdiri daripada pindaan kepada Akta Pemberian Kuasa Pertahananan Negara yang akan mewujudkan ‘Pejabat Pengawasan dan Penyelesaian Anomali’ dengan kuasa untuk melibatkan sebarang sumber, keupayaan, aset atau proses Jabatan dan komuniti perisikan.

Memetik laporan portal Interesting Engineering, warga New York telah melaporkan sebanyak 300 penampakan UFO pada tahun lalu dan ia merupakan jumlah yang tertingggi setakat ini. Disebabkan itu, orang ramai meminta kerajaan untuk mula memandang serius mengenai kemungkinan kehadiran makhluk asing.

Sumber: Interesting Engineering, Inverse

" "