Siakap Keli
Kredit: Ilkha Agency via News.au

Bas Terbabas Pulang Dari Melancong: 46 Dilapor Maut Terbakar Termasuk Kanak-kanak

Sekurang-kurangnya 46 orang termasuk kanak-kanak di Bulgaria dilapor maut terbakar setelah bas pelancong yang dinaiki mereka terbabas baru-baru ini, lapor News.com.au.

Menurut laporan itu, bas yang membawa pelancong dari Macedonia Utara tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari percutian di Istanbul, Turki kira-kira pukul 2 pagi ketika hari kejadian.

Bagaimanapun bas tersebut dilapor hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan raya di tepi jalan hingga menyebabkan berlakunya kebakaran.

Kebakaran dahsyat tersebut mengakibatkan 46 individu terkorban dijilat api serta-merta, manakala tujuh lagi dilapor tersepit di celahan rempuhan.

Namun kesemua tujuh mangsa tersebut sempat ditarik keluar sebelum dikejarkan ke hospital di ibu negara, Sofia kerana mengalami luka terbakar yang teruk.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Boyko Rashkov yang turut turun ke lokasi kejadian mengesahkan kesemua mangsa yang terkorban dilapor terbakar teruk hingga hangus.

Sementara itu, Perdana Menteri Greek, Kyriakos Mitsotakis turut menzahirkan rasa simpatinya terhadap kemalangan tersebut.

“Saya benar-benar berasa ngeri dengan kemalangan dahsyat di Bulgaria pagi ini, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak.

“Doa kami untuk mereka yang telah hilang ahli keluarga. Juga moga mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya, memetik laporan itu.

Sumber: News.com.au

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.