Seorang ibu muda, Amelia Smith, 23, dilapor meninggal dunia dalam tidur selepas sebulan melahirkan anak keduanya, Poppy. Dia baru sahaja melahirkan anak keduanya pada bulan Oktober tahun ini di Hospital Wanita, Liverpool.
Suaminya, Tom Mooney menemui mayatnya di dalam bilik pada 14 November lepas. “Saya bangun pukul 6.30 pagi dan bawa anak-anak saya turun. Kemudian dalam 8.45 pagi saya naik semula untuk melihat isteri dan dia masih tidur,” tambah suaminya.
Malam sebelum kejadian tersebut berlaku isterinya hanya bersikap seperti biasa. Mereka juga sempat keluar makan bersama, menonton filem dan masuk tidur pada 11.30 malam.
“Dia tidur dengan nyenyak malam itu. Dia juga turut membuat rambut sehari sebelumnya, bulu mata, kening, dan kukunya juga nampak kemas. Mungkin sebab dia tahu bahawa orang akan datang melawatnya,” lapor suaminya kepada Liverpool Echo.
Tom berkongsi yang isterinya telah dimasukkan ke hospital tiga bulan sebelum dia melahirkan Poppy kerana paras potassium rendah. Namun begitu, punca kematian Amelia masih lagi tidak diketahui.
Satu tabung atas talian turut dibuka bagi membolehkan orang ramai untuk memberi sumbangan buat ibu tersebut dan anaknya.
Sumber: Liverpool Echo