Apabila sebut je pasal cendawan, ada dua perkara yang akan terlintas di fikiran kita, iaitu peribahasa Melayu atau makanan.
Cendawan merupakan sejenis kulat yang hidup di atas tanah atau sumber nutriennya, seperti kayu. Mengandungi sumber protein, vitamin dan zat galian (kalsium dan posforus), cendawan dapat membekalkan nutrien sihat dan boleh diamalkan dalam pemakanan seharian.
Namun, sifatnya yang boleh tumbuh di mana-mana sahaja menyebabkan tidak semua jenis cendawan boleh dimakan.
Memetik daripada perkongsian daripada Public Health Malaysia, banyak cendawan akan tumbuh di sekitar mempunyai racun, lebih-lebih lagi pada musim hujan.
Antara keracunan yang sering berlaku adalah daripada jenis Chlorophyllum Molybdites, bentuk fizikalnya seakan-akan Cendawan Busut.
Tahukah anda, toksin atau racun daripada cendawan liar ini mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan individu yang memakannya.
Antara simptom yang dialami adalah seperti:
- Loya, muntah dan cirit birit,
- Celaru fikiran (mental confusion), halusinasi, gangguan kordinasi otot (muscle incoordination) dan sawan serta gejala lain seperti demam dan sakit kepala.
- Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).
- Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Bagi mengelakkan perkara in berlaku, pastikan anda tidak memetik cendawan tersebut sebarangan dan membelinya daripada penjual yang diketahui reputasi.

Sumber : Public Health Malaysia