Siakap Keli

Jangan Rebus Udang Kara, Ketam Dan Sotong Hidup-Hidup, Sebab ‘Mereka’ Mampu Rasa Kesakitan – Kajian

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti  membuktikan bahawa kehidupan laut seperti ketam, udang kara dan sotong mampu merasai kesakitan dan keperitan jika di masak hidup-hidup.

Kajian tersebut mengatakan bahawa vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah dilindungi dalam satu perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di negara tersebut.

Memetik daripada satu laporan Independent, menteri kini digesa untuk mengharamkan penjualan ketam dan udang kara hidup kepada orang ramai. Jika pihak berkuasa bertindak, udang kara yang direbus secara hidup-hidup boleh diharamkan.

Laporan tersebut menggambarkan kaedah yang digunakan untuk mematikan haiwan ini seperti ‘tidak berperikemanusiaan’ termasuklah memasukkan udang kara yang hidup terus ke dalam peti sejuk.

Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesis ketam.

Bagaimanapun bagi spesis sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar namun masih tidak kukuh.

 

Sumber: Independent

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.