Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya (SJR) akan dibuat di beberapa lokasi terpilih.
Tambah beliau lagi, sekiranya pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan motor ditahan di SJR, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 serta lesen boleh digantung selama 12 bulan.
Zailani juga memberitahu semasa pelaksanaan Ops Sedar bahawa pihaknya telah menyediakan kemudahan Mobile JPJ bagi tujuan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) secara terus.
Sumber: Astro Awani