Kebanyakan kes jangkitan COVID-19 sekarang adalah daripada kontak rapat iaitu kenalan, rakan kerja dan ahli keluarga, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
“Banyak disebabkan kerana (mereka) tidak pakai pelitup muka. Sentiasa pakai pelitup muka di tempat kerja dan tempat awam yang sesak.
“Kalau bergejala laksanakan #TRIIS (test, report, inform, isolate & seek),” katanya dalam kenyataan di Twitter hari ini.
Semalam, Khairy turut menyatakan bahawa kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital didapati kembali meningkat.
“Kebanyakan kes adalah warga emas atau golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat (ahli keluarga) yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah,” katanya di Twitter semalam.
Kebanyakkan kes COVID sekarang adalah kontak rapat (kenalan, rakan kerja, ahli keluarga). Banyak disebabkan kerana tidak pakai pelitup muka. Sentiasa pakai pelitup muka di tempat kerja & tempat awam yang sesak. Kalau bergejala laksanakan #TRIIS.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 23, 2021
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin