Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lelaki Didakwa Tikam Rakan Wanita Guna Gunting, Dipercayai Kerana Dia Enggan ‘Bersamanya’

Seorang wanita dilaporkan dibunuh oleh rakannya selepas dia enggan menjalinkan hubungan fizikal bersama, lapor India Today.

Pihak polis mendakwa bahawa lelaki itu menikam mangsa pada bahagian leher wanita tersebut dengan menggunakan gunting.

Menurut polis Delhi, wanita tersebut merupakan kawan kepada lelaki itu dan mereka sentiasa meluangkan masa bersama-sama.

Lelaki itu juga dikatakan pernah memberi sejumlah wang rs 6000 (RM338) kepada wanita tersebut pada setiap bulan kerana wanita itu meminta wang daripadanya.

Namun, pada Februari yang lalu lelaki tersebut mendapat tahu yang wanita itu mempunyai hubungan persahabatan dengan lelaki yang lain.

Berikutan hal itu, mereka berdua saling bergaduhan dan lelaki itu mula berhenti memberikan wang kepada wanita tersebut.

Pada 21 November lalu, lelaki tersebut telah menemui wanita itu di salah sebuah perhentian bas di Badarpur. Kemudiannya lelaki itu membawa rakannya itu ke kawasan terbiar berhampiran landasan kereta api di Tehkhand di Okhla.

Menurut laporan lagi, lelaki itu dikatakan telah memaksa agar wanita tersebut kembali bersamanya sebelum dia menikam mangsa.

Selepas itu, lelaki tersebut bertindak menikam leher mangsa dengan menggunakan gunting yang terdapat di dalam beg wanita itu.

Kemudiannya lelaki tersebut cuba menutup mayat wanita itu dengan plastik dan bertindak merosakkan telefon bimbit wanita itu dengan menggunakan batu.

Sumber mengatakan lelaki itu bertindak mencampakkan senjata pembunuhan dan pakaiannya yang berlumuran darah ke dalam longkang.

Sumber: India Today

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.