Siakap Keli

Main Mini Games Simple Je, Dapat Tahu Macam-Macam Tempat Menarik Kat Jepun Sambil Berpeluang Menang Hadiah

Bila sedang rancak berbincang pasal nak pergi tempat menarik mana sebagai destinasi percutian, tak boleh sangkal lagi yang negara Jepun semestinya salah satu negara yang korang rasa best. Macam-macam yang ada kat Jepun ni seperti pemandangan yang sangat menenangkan dan cantik, spot OOTD yang lawa, aktiviti seronok yang boleh dilakukan dan pelbagai lagi. Kalau nak tau lebih lagi banyak lagi pasal negara Jepun, sebenarnya ada je cara mudah.

Buat masa sekarang, masih banyak negara yang belum membuka sempadan negara untuk urusan bisnes atau pon percutian. Kita boleh guna masa ni untuk tahu tentang tempat menarik untuk dikunjungi di Jepun. Senang la nak plan trip percutian ke sana suatu hari. Takdelah rasa macam membazir je pergi sebab terlepas tempat-tempat best.

Untuk siapa yang tak tau, pelbagai maklumat tentang tempat-tempat menarik di Jepun sebenarnya boleh dapat hanya dengan join kempen ‘Ready Go JAPAN! Ready Go Adventure’ anjuran dan tajaan oleh Japan National Tourism Organization (JNTO). Dalam kempen ni, korang boleh main banyak jenis mini games yang simple sambil belajar tentang negara Jepun. Games tu pon seronok untuk dimainkan oleh semua lapis masyarakat yang pelbagai umur.

Main Mini Games Dan Menang Hadiah

Bukan itu sahaja tau, selain daripada dapat tahu lagi banyak lagi tentang negara Jepun, korang juga sebenarnya boleh berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik bila main mini games ni. Bukan main senang lagi nak menang gajet-gajet berkualiti tinggi macam produk Apple, Nintendo Switch dan pelbagai jenis lagi. Tunggu apa lagi, cepat-cepat lah bukak laman web diorang dan join.

Ada sebanyak 5 mini games yang simple sahaja untuk main. Bila main, try dapatkan markah tertinggi atau guna masa yang terpendek  sebab bila buat macam tu, baru la ada peluang untuk menang hadiah yang sangat menarik tu. Mudah je kan cara. Ni detailnya.

  • Langkah 1- Klik pautan dan log masuk dengan Facebook.
  • Langkah 2- Selesaikan 5 Mini Games dalam masa yang singkat dan jawab kuiz dalam Cabaran Akhir dengan betul (Petua: Semak peta penemuan selepas setiap mini game untuk dapatkan petunjuk untuk Cabaran Akhir). Kalau korang nak jawab kuiz terakhir dengan betul, korang perlu dapatkan jawapan tu dalam artikel.

Cara Main Mini Games

Gunakan masa yang paling singkat dan langkah yang paling sikit untuk menyelesaikan puzzle. Sambil-sambil tu, boleh juga nikmati gambar pemandangan Jepun yang cantik!

Gunakan masa yang paling singkat dan langkah yang paling sikit untuk memadankan semua pasangan gambar ikon bertema Jepun dengan betul.

Gunakan masa yang paling singkat untuk menyelesaikan maze.

Klik pada kawasan permainan untuk mengelakkan perlanggaran dengan halangan dan dapatkan markah tertinggi dalam masa 30 saat.

Tangkap seberapa banyak bunga yang mungkin dalam masa 30 saat. Markah akan ditolak apabila bom ditangkap.

Bila dah habis dan berjaya selesaikan setiap mini game yang ada tu, korang sebenarnya bukan sahaja dapat kumpul markah tau. Tapi, setiap mini game tu juga boleh membuka kunci yang diperlukan untuk unlock satu lokasi perjalanan yang sangat cantik dan juga tersembunyi yang berada di Jepun. Kalau dah tahu semua tempat tersembunyi tu, senang la nak jalan-jalan bila pergi bercuti di Jepun nanti. Setiap tempat tersembunyi merangkumi 4 kategori utama tau seperti Romantik, Mendebarkan, Misterius, dan juga Fotogenik

Best kan korang! Gambar-gambar kat bawah ni ialah previu 5 peta yang korang boleh unlock bila dah selesai mini games.

  • Langkah 3: Isikan butiran & kongsi kepada rakan dan keluarga.

Hadiah Menarik Untuk Dimenangi

Antara hadiah bernilai yang boleh dimenangi bila main mini games ni adalah seperti Apple Airpod Max, Apple Watch Series 7, dan Nintendo Switch. Kalau berminat nak join, klik je link ni dan boleh terus main. Kalau nak tau banyak lagi tentang kempen ni, boleh layari halaman Facebook JNTO dengan link ni. Selain tu, klik button ‘Like’ pada halaman Facebook tu juga untuk dapat update baru dan tahu siapa pemenang untuk pertandingan ni.

Bukan sahaja hadiah yang menarik korang boleh dapat selepas bermain mini game yang best ni, tapi korang juga boleh dapatkan lebih banyak maklumat yang bermanfaat tentang cara mengembara dengan selamat di negara Jepun. Dan bagi yang beragama Islam, terdapat juga panduan mudah untuk melancong dengan selesa di Jepun. Korang juga boleh take note tentang semua lokasi tersembunyi yang menarik di Jepun tu dan mula merancang untuk pelancongan seterusnya apabila kita boleh terbang untuk bercuti semula nanti. Artikel ini dibawakan khas oleh Japan National Tourism Organization.

Nor Fakhry

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.