Siakap Keli
Gambar : India Times

Patutlah Ada ‘Meja Kecik’ Di Tengah Piza, Rupanya Ini Sebabnya

Banyak lagi perkara yang masih kita tidak ketahui lagi, lebih-lebih lagi berkaitan dengan makanan. Setiap benda yang disertakan dalam makanan itu pastinya mempunyai fungsi tersendiri. Sebagai contoh, piza.

Apabila kita memesan piza, tidak kira melalui pesanan atau order di restoran, pasti ada satu meja plastik kecil di tengahnya.

Tahukah anda apa fungsinya dan kenapa wujudnya meja plastik itu? ‘Meja plastik’ itu dikenali sebagai ‘pizza saver’ atau ‘pizza stool’ yang fungsinya menghalang bahagian kotak piza bersentuhan dengan permukaan piza.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram shazabfarooqui dalam artikel India Times, lelaki ini ada menunjukkan satu lagi helah yang boleh digunakan dengan menggunakan ‘meja plastik’ itu. Dia menunjukkan demonstrasi bagaimana ‘meja plastik’ itu boleh dijadikan ‘pemotong’ tanpa perlu ‘kotorkan’ tangan di sebelah lagi.

“Siapa sangka ini adalah pemotong piza #pizza #lifehacks,” ulasnya dalam video itu.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian warga net dan telah berjaya meraih 25.1 juta tontonan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazab (@shazabfarooqui)

Sumber : India Times

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.