Siakap Keli

Punya 8 Sisi, Arab Saudi Rancang Bina Bandar Raya Terapung di Laut Merah

Arab Saudi dilapor merancang untuk membina sebuah bandar lapan segi yang terapung di atas Laut Merah.

Bandar tersebut telah diberikan nama iaitu Oxagon. Pembinaan bandar ini dirancang untuk dibangunkan di pinggir wilayah terbaharu iaitu Neom yang terletak di bahagian barat laut negara berkenaan.

Neom, ialah sebuah projek utama Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman. Projek bernilai $500 bilion (RM 2,096,750,000,000) itu meliputi kawasan seluas 10,000 batu persegi.

Nama Neom tersebut datang dari gabungan perkataan Greek ‘neos’ yang bermaksud baharu, dan ‘mustaqbal’ perkataan Arab yang bermaksud ‘masa depan’.

Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail

Namun begitu, menurut Daily Mail jumlah pembiayaan bagi mebina bandar Oxagon masih belum didedahkan oleh kontraktor dan bagaimana bandar tersebut akan terapung.

Tambahan lagi, bandar terapung tersebut dikatakan mempunyai keluasan sebanyak 33 kali ganda dari bandar New York, Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dibiayai oleh dana kekayaan negara tersebut iaitu Dana Pelaburan Awam, di mana Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman adalah pengerusinya.

Antara perancangan yang dibincangkan ialah, pembinaan teksi menggunakan dron terbang, sebuah taman tema seperti Jurasik yang mempunyai dinosaur robot. Selain itu, pembinaan restoren-restoren terbaik di dunia yang mendapat pengiktirafan Michelin, menurut The Wall Street Journal.

Sumber: Daily Mail

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.