Siakap Keli

(Video) “Mau Lari Tak Cukup Tanah,” Lelaki Ini Nampak ‘Pontianak’ Di Siang Hari, Rupanya Ini Yang Berlaku

Sebenarnya banyak cara boleh dilakukan oleh pemilik kebun untuk menghalau haiwan liar atau pencuri. Siapa yang tidak geram apabila hasil kebun di curi orang kan?

Satu rakaman dari sebuah kenderaan yang menunjukkan imej ‘benda’ putih dan berambut panjang yang agak menyeramkan setiap kali lalu di kawasan berkenaan.

Mungkin, pemilik kebun ini melakukan perkara tersebut untuk mengurangkan kehilangan hasil tanamannya di kebun.

@danial_denn

siapalah tuan kebunnya nie #fypシ゚viral #fypシ #seramsejuk #seram

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Seram memang seram, tambah-tambah lagi jika lalu kawasan tersebut waktu malam, mahu berlari tak cukup tanah dibuatnya. Tetapi apa-apapun ianya hanyalah untuk menakut-nakutkan haiwan liar dan pencuri hasil tanaman.

“Macam orang-orang halau burung je, tapi kalau malam seram jugak tu”

“Tua kebun buat orang-orang ni bagi menakutkan pencuri”

“Kalau malam-malam ni memang tak cukup tanah nak lari”

“Jumpa cabut lari, anak cucu balik kampung nak gi kebun auto insaf”

 

Sumber: Tiktok Danial Denn

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang