Zaman kanak-kanak kebiasaannya merupakan antara zaman yang terindah dalam kehidupan semua orang.
Manakan tidak, pada ketika itulah masanya untuk kita bermain bersama dengan rakan-rakan lain tanpa memikirkan sebarang masalah.
Namun begitu, detik indah tersebut seakan kurang dirasai seorang kanak-kanak yang terdapat dalam satu video tular ini.
Pengguna TikTok yang bernama @rahman_toyota ini telah berkongsikan detik-detik dia bertemu dengan seorang budak lelaki di hadapan sebuah restoran.
“Mari kita berseronok. Bantu peniaga kecil,” tulis kapsyen dalam video yang dimuat naiknya.
Dalam video itu, budak lelaki tersebut kelihatan terlena walaupun terdapat ramai orang yang lalu-lalang di sekitar pintu restauran berkenaan.
Terdapat beberapa barangan termasuk makaroni dan snek keropok yang kelihatan berada di dalam bakul budak tersebut.
Dalam video itu, budak berkenaan kelihatan tertidur lena sambil bersandar pada dinding di belakangnya. Selepas beberapa kali dikejutkan dengan lembut, budak itu akhirnya bangun meskipun matanya kelihatan agak keletihan.
“Dia seorang peniaga keropok yang biasanya menjual di depan pintu Restoran Itik Goreng Haji Slamet di Batam. Mesti dia seronok jualannya laku, tetapi rasa mengantuknya seakan-akan membuatkannya nampak tidak peduli pasal itu,” tulis lelaki yang memuat naik video berkenaan.
Mari kita gembirakan mereka dengan membeli barangan jualannya, syukur dapat bantu,” katanya lagi.
Lelaki tersebut tampak menghulurkan wang bernilai 50 ribu rupiah kepada budak itu. Namun begitu, budak lelaki tersebut segera menjawab bahawa dia tidak mempunyai wang untuk memulangkan baki lelaki itu.
Mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut budak tersebut, lelaki itu pun segera menjelaskan bahawa baki daripada hasil pembeliannya itu tidak perlu dikembalikan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet bertindak memuji tindakan mulia lelaki berkenaan.
Sebahagian daripada warganet pula memuji sikap rajin mencari rezeki yang ditonjolkan oleh kanak-kanak tersebut seperti di dalam video berkenaan.
Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 2 juta kali.
@rahman_toyota Ayok kita hubur #fyp #bantupedagangkecil #batam #agungtoyota
Sumber: Surabaya Raya