Siakap Keli
Kredit: TikTok

(Video) “Nampak Perkataan Double Kadang-Kadang,” Ini 3 Tanda Mata Anda Stress Ketika Belajar

Dalam sehari, berapa jam anda belajar atau bekerja menggunakan komputer mahupun telefon bimbit? Lima atau enam jam itu merupakan perkara biasa. Namun, ada yang lebih daripada itu, lebih-lebih lagi dalam golongan pelajar.

Sebelum ini, sesi persekolahan diadakan secara dalam maya dan para pelajar diminta untuk menghadiri kelas secara maya. Ia merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan masalah mata stress atau penat.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @shahrizalredwan, Shahrizal yang juga seorang optometrist menjelaskan 3 tanda mata anda stress ketika belajar dan apa yang ada perlu buat sekiranya ia berlaku kepada anda.

3 tanda mata anda stress adalah seperti:

  1. Mata kabur atau nampak double kadang-kadang: tanda ini biasa berlaku apabila mata anda kelihatan kabur dan kadangkala nampak perkataan itu seolah-olah double. Kejadian ini pada awalnya sekejap-sekejap sahaja, tetapi apabila ia kerap terjadi, anda perlu berehat.
  2. Kerap tertidur: anda selalu rasa nak tertidur. Tidur merupakan salah satu cara supaya minda anda tidak terbeban dengan mata yang terlalu penat.
  3. Mata sudah mula ‘lari’ apabila terlalu penat: Tanda ini lebih serius kerana anda perlu mendapatkan rawatan daripada yang lebih pakar.
@shahrizalredwan

Selalu jadi no berapa? 🧐 #matastress #pdpr #study #optometrist #rizaloptometris #rabun #tiktokguru

♬ original sound – Shahrizal Redwan – Shahrizal Redwan

Sumber: TikTok

Aireena Marizan