Siakap Keli
Kredit: suara.com

(Video)”Saya Akan Tunggu Dia Selesai Dulu,” Sebak, Dua Beradik Ni Terpaksa Kongsi Kasut Sama Untuk Ke Sekolah

Tular satu video yang memaparkan kisah sepasang adik-beradik bertukar ganti kasut sekolah di antara satu sama lain di salah sebuah sekolah rendah di Kota Bau Bau, Sulawesi Tenggara, memetik laporan daripada Suara.com.

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut menunjukkan dua beradik itu bertukar kasut apabila mereka pergi ke sekolah.

Sudah menjadi perkara wajib untuk pelajar sekolah memakai pakaian formal yang lengkap, jadi dua beradik itu sanggup berkongsi kasut. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana kasut salah seorang daripada adik-beradik itu telah rosak.

Dua beradik itu Nadia Blink (kakak) yang berusia 11 tahun dan adiknya Riski Blink yang berusia 9 tahun masing-masing masih lagi di bangku sekolah rendah.

Kredit. suara.com
Kredit. suara.com

 

Mereka dikatakan sudah berkongsi kasut sejak beberapa bulan yang lalu. Disebabkan waktu persekolahan mereka adalah berbeza, iaitu pagi dan petang maka dua beradik itu boleh berkongsikan kasut tersebut.

Namun demikian, sekiranya ada waktu persekolahan yang memerlukan mereka masuk pada waktu yang sama, akan ada di antara mereka yang terpaksa mengalah untuk memakai kasut tersebut.

“Kalau saya masuk pukul 10 pagi saya akan tunggu dia selesai dulu.” kata Nadia kakaknya.

“Semangat mereka berdua nak sekolah sangat luar biasa, walaupun sepasang kasut itu terpaksa diguna pakai secara bergilir-gilir.” kata Waode, salah seorang penduduk Baubau.

Perbuatan dua beradik itu yang saling berkongsi kasut menjadi bahan ejekan rakan-rakan mereka di sekolah.

“Sering diejek, sering juga didesak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Baubau, AKBP Rio Takari, amat terharu dengan situasi menyentuh hati dua beradik itu.

“Saya sangat terharu saat membayangkan masa kecil saya yang turut ada pengalaman yang lebih kurang sama seperti mereka, dan saya ingin memberi semangat kepada mereka.”

“Saya mahu mereka kekalkan semangat di tengah-tengah keterbatasan, percayalah Allah itu Maha Baik dan Maha Hebat dalam segala jalanNya, memberikan pertolongan kepada umat-Nya yang ingin mencuba,” kata Ketua Polis Baubau itu.

Mendengar cerita adik-beradik itu, Ketua Polis Baubau kemudiannya telah menghulurkan bantuan.

Beliau membeli peralatan sekolah dan memberikan motivasi serta dorongan agar kedua-duanya meneruskan pelajaran walaupun berada dalam keadaan yang penuh dengan kesukaran.

@darno.ufatma

#pubgmjinx #TrenWarnaMiranda #SultanCadburyHazelnut #Sefleksibelitu

♬ original sound – 𝓔𝔂𝓭𝓲𝓲𝓲 𝓞𝓯𝓯𝓲𝓬𝓲𝓪𝓵 – 𝗲𝘆𝗱𝗶𝗶𝗶_𝗼𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹

Sumber: Suara.com

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.