Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis (25 Nov) ini.
Dalam BKC ini, terdapat tiga kategori penerima yang layak untuk mendapat bantuan disalurkan kerajaan ini.
Kategori penerima
Bagi kategori miskin tegar, jumlah bayaran yang akan disalurkan kepada isi rumah adalah berjumlah sebanyak RM1300 manakala individu bujang pula akan menerima RM500.
Bagi golongan isi rumah B40 pula akan menerima sebanyak RM800 dan bujang pula sebanyak RM200.
Turut tidak ketinggalan, golongan isi rumah M40 juga akan disalurkan sebanyak RM250 manakala bujang pula sebanyak RM100.
Sehubungan dengan itu, pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan adakah mereka layak untuk menerima BKC ini.
Cara yang paling senang untuk mengetahuinya adalah dengan menyemak status kelayakan.
Cara semak secara online
Bagaimana hendak menyemaknya? Senang sahaja. Semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Langkah pertama: Klik pada bahagian yang tertera Log Masuk atau Semakan Status.
Langkah kedua: Isikan nombor MyKad anda.
Langkah ketiga: Sahkan kata kunci keselamatan.
Langkah keempat: Isi kata laluan anda.
Langkah kelima: Segala maklumat yang hendak disemak akan terpapar.
Tidak perlu buat permohonan
Bagi yang tertanya berkenaan perlukah membuat permohonan untuk menerima BKC ini, jawapannya adalah tidak.
Ianya kerana semakan kelayakan itu akan dibuat berdasarkan data permohonan BPR 2021 bagi golongan Miskin Tegar, B40 dan Percukaian (LHDM) bagi golongan M40.
Bagi individu yang tidak berjaya dalam rayuan BPR, mereka tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40 ini.
Walaupun begitu, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang).
Jika mereka berada di dalam kategori pendapatan ini mereka akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40.
Sumber: LHDN Malaysia